Wednesday, June 25, 2014

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN
SABK (RENDAH DAN MENENGAH)
PENGENALAN
Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri adalah satu usaha murni kerajaan
untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada
tahun 2002 oleh YB Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos
2004
KONSEP
1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Ditadbir oleh KPM
3. Pemilika tanah dan bangunan dikekalkan
4. Kurikulum agama negeri dikekalkan
5. Menerima pelbagai kemudahan
 TUJUAN
1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan
KELEBIHAN
KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK
1. Kepada sekolah
a) Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah
b) Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah
c) Meneriama bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani
d) Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi
e) Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan  2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan
a) Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan
b) Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan
c) Berpeluang mendapat kenaikan pangkat
d) Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan
e) Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas
f) Berpeluang melanjutkan Pelajaran
g) Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM
3. Kelebihan kepada murid
a) Berpeluang mendapat bantuan
b) Berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana
c) Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
d) Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
e) Berpeluang mendapat pendidikan yang lebih berkualiti

Pembangunan Modal Insan Melalui Pendidikan Sekolah Agama

Pembangunan Modal Insan Melalui Pendidikan Sekolah Agama:
Satu Kajian awal di Sekolah Menengah Agama Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor


Hairunnizam Wahid1

Dr Jaffary Awang2

Dr Rozmi Ismail3

Kamaruddin Salleh2

Dr Mohamad Alinor Abdul Kadir4


Kumpulan Kajian Dunia Melayu & Islam5

ATMA, UKM

Pembangunan sumber manusia merupakan satu proses yang berterusan
mempertingkatkan modal manusia. Ia amat penting kerana manusia adalah modal yang
dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. Banyak kajian menunjukkan
pendidikan mempunyai hubungan yang positif dengan pertumbuhan ekonomi melalui
pembangunan modal manusia. Persoalannya bagaimana pula dengan pembangunan
modal manusia yang diperkenalkan dengan satu perspektif yang baru di Malaysia iaitu
pembangunan modal insan. Walaupun perkataan manusia dan insan mempunyai makna
yang hampir sama daripada segi bahasa, namun ia mempunyai makna yang berbeza dari
segi istilah. Pembangunan insan adalah bukan sahaja melihat dari sudut pembangunan
fizikal manusia tetapi ia lebih luas daripada itu iaitu melihat dari sudut rohani iaitu roh,
qalb serta aqal. Pembangunan modal insan boleh dipupuk melalui pendidikan formal
antaranya melalui pendidikan sekolah agama yang dapat mengimbangi persoalan
kehidupan manusia. Persoalannya sejauhmanakah pihak kerajaan mengambil pendekatan
yang serius dalam pembangunan sekolah agama di Malaysia? Kajian ini akan menjawab
persoalan sama ada pendidikan di sekolah agama dapat melahirkan manusia yang
seimbang bukan sahaja dalam aspek modal ekonomi tetapi juga aspek rohani yang dapat
dikaitkan dengan modal sosial yang dikatakan penting mempengaruhi pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara. Kajian awal telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama
Bandar Baru salak Tinggi, Sepang, Selangor yang melibatkan seramai 15 orang guru
sekolah tersebut. Hasil kajian awal ini menunjukkan pendidikan di sekolah agama
tersebut telah berjaya melahirkan modal insan yang diharapkan oleh kerajaan dan
diharapkan dapat mendokong pertumbuhan ekonomi negara. Beberapa implikasi dasar
juga dicadangkan dalam kajian ini kepada pihak kerajaan untuk terus membangunkan
pendidikan sekolah agama di Malaysia.

Sekolah Agama Dibantu

              SEKOLAH AGAMA DIBANTU

KUALA TERENGGANU – Permasalahan sosial dalam kalangan remaja yang semakin meruncing ketika ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berteraskan agama.

Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Murid, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Razak Jusoh berkata, ia berdasarkan senario semakin ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak menyambung pelajaran ke sekolah agama.

Menurutnya, setakat ini hampir 5,000 permohonan pelajar yang layak untuk menyambung pelajaran ke sekolah agama diterima, namun mereka gagal diterima masuk ke sembilan buah sekolah agama di negeri ini kerana tempat terhad.

“Ini disebabkan bilangan kelas di sekolah berkenaan hanya mampu menampung keperluan semasa seramai 1,400 pelajar lepasan UPSR pada setiap pengambilan.

“Bagaimanapun bilangan kelas di sekolah agama negeri sedia ditambah bagi menampung keperluan semasa ini,” katanya selepas merasmikan Kem Imam Muda Sekolah Menengah Agama Terengganu di Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan Wakaf Tengah, di sini.

Menurutnya, setiap sekolah agama di negeri ini juga mempunyai kelayakan tertentu, iaitu 5A bagi Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Burok. Minimum 3A 2B bagi SMA Khairiah dan SMA Sultan Zainal Abidin di Ladang.

“Manakala 20 unit (gabungan lima subjek) bagi sekolah lagi iaitu SMA Al-Falah, SMA Mahmudiah, SMA Marang dan SMA Sultan Ismail Dungun dan 18 unit SMA Ittifakiah dan SMA Setiu,” katanya.

Pada program itu, seramai 120 pelajar sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menyertai program yang bermula pada 3 hingga 8 Disember anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Sekolah agama pilihan ibu bapa

KUALA TERENGGANU – Permasalahan sosial dalam kalangan remaja yang semakin meruncing ketika ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berteraskan agama.

Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Murid, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Razak Jusoh berkata, ia berdasarkan senario semakin ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak menyambung pelajaran ke sekolah agama.

Menurutnya, setakat ini hampir 5,000 permohonan pelajar yang layak untuk menyambung pelajaran ke sekolah agama diterima, namun mereka gagal diterima masuk ke sembilan buah sekolah agama di negeri ini kerana tempat terhad.

“Ini disebabkan bilangan kelas di sekolah berkenaan hanya mampu menampung keperluan semasa seramai 1,400 pelajar lepasan UPSR pada setiap pengambilan.

“Bagaimanapun bilangan kelas di sekolah agama negeri sedia ditambah bagi menampung keperluan semasa ini,” katanya selepas merasmikan Kem Imam Muda Sekolah Menengah Agama Terengganu di Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan Wakaf Tengah, di sini.

Menurutnya, setiap sekolah agama di negeri ini juga mempunyai kelayakan tertentu, iaitu 5A bagi Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Burok. Minimum 3A 2B bagi SMA Khairiah dan SMA Sultan Zainal Abidin di Ladang.

“Manakala 20 unit (gabungan lima subjek) bagi sekolah lagi iaitu SMA Al-Falah, SMA Mahmudiah, SMA Marang dan SMA Sultan Ismail Dungun dan 18 unit SMA Ittifakiah dan SMA Setiu,” katanya.

Pada program itu, seramai 120 pelajar sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menyertai program yang bermula pada 3 hingga 8 Disember anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Kes Buli Sekolah Menengah Agama Negeri Di Tahap Serius

KES BULI DI SEKOLAH AGAMA NEGERI DI TAHAP SERIUS? (THE ALERTNESS OF SCHOOL LEADERSHIP)

Prologomena
Harapan ibu bapa menghantar anak ke sekolah agama dan tahfiz memang suci murni berlandaskan rasa tanggungjawab menyediakan mereka dengan pendidikan fardu ain dan fardu kifayah. Sebahagian sekolah agama dan tahfiz menawarkan gabungan jurusan ilmu asas Islam dengan ilmu bantu semasa, iaitu jurusan sains tulen, kemanusiaan dan teknikal. Hal itu sejajar dengan konsep al-hikmah dholatul-mukmin, iaitu kebijaksanaan merupakan barang yang hilang daripada orang-orang yang beriman.

Jangkaan dan tanggapan masyarakat yang demikian tinggi perlu dijaga dan dipertahankan, malah dilonjakkan ke persada yang lebih cemerlang dari masa ke masa. Masyarakat mahukan ahli ikhtisas dan kepakaran pelbagai bidang menerima sentuhan tawhid, syariat dan akhlaq yang jelas. Maka, segala isu etika, iltizam dan istiqamah diharapkan sentiasa mendapat perhatian yang optimum.

Imbasan sejarah 
Sumbangan institusi madrasah, pesantren (di Indonesia) dan pengajian pondok di alam Melayu menjadi benteng kekuatan umat yang sangat utuh. Walaupun penjajah Barat datang dengan misi 3G's (gold, glory, gospel) dan faham sekular, sistem pendidikan yang sudah berakar umbi dengan tradisi menadah kitab kuning itu berjaya menggilap kepimpinan umat yang tidak gentar dengan pesona palsu yang cuba disebarkan oleh kaum kulit putih. Dengan berlalunya masa, sistem pengajian tradisional itu mengalami transformasi seiring dengan keperluan dan persekitaran pendidikan hingga akhir zaman.
Di sebalik kesinambungan pengajian pondok yang dikendalikan oleh ulama setempat, muncul lebih banyak sekolah agama yang ditubuhkan oleh pemerintah pascamerdeka. Di Malaysia, terdapat sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah menengah agama negeri (SMAN), sekolah imtiaz (di Terengganu), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), maktab rendah sains Mara ulul-albab, maahad tahfiz, kelas rancangan khas agama di sekolah harian, sekolah berasrama penuh agama dan banyak lagi. Selain itu, pihak usahawan pendidikan swasta yang memiliki akses kepakaran dan sumber telah menubuhkan sekolah agama pintar bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan tinggi.

Kepimpinan sekolah agama
Sepertimana sekolah aliran arus perdana, jawatan pentadbiran sekolah diisi menerusi proses naik pangkat. Pencalonan pengetua dan pentadbiran sekolah yang lain boleh dilakukan oleh pihak berkuasa pendidikan atau menerusi permohonan guru yang berminat. Kerencaman dan kompleksiti tugas kepimpinan sekolah menghendaki mereka yang dilantik menjalani kursus berkaitan selok-belok pengurusan sekolah, kewangan dan undang-undang pendidikan. 

Sebagai manusia biasa, pengetua atau mudir sekolah agama juga terdedah kepada cabaran dan ralat dalam pelaksanaan kewajipan sebagai pemimpin pendidikan. Maka, kepercayaan secara tuntas terhadap subordinat tanpa mengira latar belakang pengkhususan pengajian mereka perlu dibatasi dengan kewaspadaan dan kepekaan. Kemungkinan untuk berlaku kesilapan dalam membuat keputusan dan tindakan bukanlah sesuatu yang mustahil.

Pendekatan pendidikan aliran keras
Disiplin bukan semata-mata sejumlah peraturan dan hukuman bagai mengawal tingkah laku di sekolah. Disiplin dalam pendidikan juga bermaksud amalan pembelajaran terbaik yang dibantu oleh guru yang budiman, jujur dan ikhlas bagi membimbing murid ke arah kecemerlangan pencapaian, kecerdasan pelbagai dan sahsiah mulia. Ganjaran dan hukuman memang menjadi komponen pendidikan yang diakui, tetapi hendaklah menjunjung tinggi nilai keadilan dan ciri kemuliaan insan (karamah insaniah).

Sikap segelintir pemimpin institusi sekolah agama yang lepas tangan dan sering terlepas pandang terhadap subordinat seperti warden asrama sering membawa akibat buruk. Pemantauan yang lemah diambil kesempatan pula oleh murid senior yang mewarisi tingkah laku kepimpinan keras murid terdahulu. Maka, pelbagai bentuk hukuman yang berbentuk buli dan dera dikenakan ke atas kumpulan murid yang masih mentah (freshie) secara pakej walaupun kesalahan dilakukan oleh seorang murid sahaja yang tidak akur terhadap proses siasatan yang adil dan telus.

Catatan hujung dan kesimpulan
Terdapat perkhabaran dari sebuah sekolah agama bahawa kumpulan murid tertentu telah disekat daripada outing hanya kerana kesalahan seorang penghuni asrama yang seangkatan (satu tingkatan) dengan mereka. Murid baharu juga telah diarah memegang n***s berbungkus yang didakwa milik rakan mereka seorang demi seorang sebelum diarah membersihkan bilik air di asrama. walaupun amaran diberi kepada kumpulan murid yang dibuli supaya tidak memaklumkan peristiwa itu kepada ibu bapa, cerita itu gagal disembunyikan. 

Kes terpencil ibarat 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' tidak patut dipandang sebelah mata oleh kepimpinan sekolah agama. Imej hebat institusi pengajian berteraskan Islam boleh terjejas justeru sikap pengetua dan kepimpinan sekolah agama yang tidak cekap mengesan kerosakan yang dilakukan oleh segelintir subordinat dan warga sekolah. Kepimpinan yang cuai dan lemah tidak boleh dibiarkan berleluasa begitu sahaja ...