SEJARAH PENUBUHAN SMA AL FALAH
Sekolah Menengah Agama Al-Falah diasaskan dengan kerjasama dari orang-orang kampung. Dari sini terbentuknya sebuah jawatankuasa untuk mendirikan sekolah ini. Derma-derma dikutip daripada orang ramai bertujuan untuk mendirikan bangunan sekolah. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato' Khalid bin Haji Abdul Rahman dan beberapa ahli jawatankuasa, antaranya ialah Sheikh Omar, Pak Su Kar, Haji Wan Yahya dan lain-lain.
Melalui sepakat yang padu, jawatankuasa bersetuju membeli sebuah rumah dari Kampung Patoh, Hulu Kemaman untuk dijadikan sekolah. Setelah rumah itu dialih, ia dibawa ke tapak sekolah melalui Sungai Kemaman. Perjalanan melalui sungai ini mengambil masa selama satu hari. Tapak asal sekolah ini merupakan kawasan hutan paya dan semak samun.
Setelah selesai didirikan semula rumah ini, sekolah ini diberi nama "Madrasah Al-Falah". Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat seorang sahaja guru iaitu Ustazah Hajjah Sepiah binti Abas dari Sumatera (kini berada di Kuala Terengganu). Sambutan pada peringkat awal adalah sangat menggalakkan dari kaum ibu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Pada tahun pertama, lebih kurang enam puluh orang murid yang kesemuanya perempuan. Bahasa pengantar pada masa itu ialah Bahasa Arab.
Guru yang pertama merupakan seorang guru yang berpengalaman kerana beliau pernah bertugas di Pasir Mas, Kelantan. Setelah sebelas tahun berada di Kelantan, beliau berhajat untuk pulang ke Sumatera tetapi belum sempat berbuat demikian, beliau bertemu dengan Dr. Burhanuddin Helmi. Dr. Burhanuddin Helmi telah memujuknya supaya tinggal di Terengganu dan mengajar di sini. Beliau bersetuju untuk mengajar dan telah ditempatkan di Madrasah Al-Falah.
Melalui kesedaran yang mendalam di kalangan penduduk terhadap agama, maka ramailah anak-anak mereka dihantar ke sekolah ini. Setelah beberapa tahun sekolah ini ditubuhkan barulah pelajar lelaki diambil belajar di sini. Ramai di antara bekas pelajar telah berjaya dalam pelajaran dan bertugas dengan pemerintah.
Perkembangan sekolah ini terus maju ke hadapan dan pada 8 Februari 1944 sekolah ini dibuka dengan rasminya.
SMA SULTAN ISMAIL DUNGUN..
Articles
SMA(A) SULTAN ZAINAL ABIDIN
SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN
PENGENALAN
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) merupakan sebuah pusat pengajaran agama yang tertua di negeri Terengganu. Meskipun penubuhannya sudah menjangkau hampir 100 tahun, namun SMAASZA telah berjaya mengekalkan ketrampilannya dengan sumbangan serta jasa bakti kepada masyarakat Islam Terengganu. Pelbagai ranjaudan duri telah dilalaui demi menabur bakti dan kesedaran kepada masyarakat.
Hasilnya, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negeri, antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Ibrahim Fikri ( Allahyarham ), Yang Berhormat Dato' Mahmud bin Sulaiman, Dato' Seri Amar Di Raja Tan Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato' Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor dan lain-lain lagi.
ASAL USUL
SMAASZA telah melalui beberapa peringkat proses perkembangan. Kelahirannya adalah hasil daripada kesedaran para cendikiawan berpendidikan agama selepas Perang Dunia Kedua berikutan perkembangan pesat sekolah Inggeris dan kemalapan sistem pengajian pondok. Ketidak keseimbangan ini begitu ketara dan membimbangkan sehinggalah pada tahun 1925, suatu inisiatif telah diambil dengan mewujudkan satu kelas pelajaran agama dengan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kelas ini pada mulanya ditumpangkan di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu. Kelas ini dikenali dengan nama Madrasah Arabiyyah.
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933 oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dengan nama 'Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin'.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Burok, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Berikut adalah ringkasan mengenai sejarah penubuhan SMAASZA.
1. TARIKH DAN TAHUN PENUBUHAN
· 1925 - (Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudian di Sekolah Melayu Bukit Jambul)
· 1932 – Bangunan baru didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
· 1933 – Perasmian
· 1943 – Bangunan tambahan dibina/pembesaran sekolah
· 1958 – Penubuhan SMAASZA Batu Burok (Pembahagian peringkat persekolahan)
2. PENGASAS / TOKOH PENUBUHAN
Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
3. TAPAK / LOKASI SEKOLAH
Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja, Kampung Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu.
4.
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN
PENGENALAN

Hasilnya, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negeri, antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Ibrahim Fikri ( Allahyarham ), Yang Berhormat Dato' Mahmud bin Sulaiman, Dato' Seri Amar Di Raja Tan Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato' Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor dan lain-lain lagi.
ASAL USUL
SMAASZA telah melalui beberapa peringkat proses perkembangan. Kelahirannya adalah hasil daripada kesedaran para cendikiawan berpendidikan agama selepas Perang Dunia Kedua berikutan perkembangan pesat sekolah Inggeris dan kemalapan sistem pengajian pondok. Ketidak keseimbangan ini begitu ketara dan membimbangkan sehinggalah pada tahun 1925, suatu inisiatif telah diambil dengan mewujudkan satu kelas pelajaran agama dengan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kelas ini pada mulanya ditumpangkan di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu. Kelas ini dikenali dengan nama Madrasah Arabiyyah.
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933 oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dengan nama 'Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin'.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Burok, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933 oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dengan nama 'Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin'.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Burok, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Berikut adalah ringkasan mengenai sejarah penubuhan SMAASZA.
1. TARIKH DAN TAHUN PENUBUHAN
· 1925 - (Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudian di Sekolah Melayu Bukit Jambul)
· 1932 – Bangunan baru didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
· 1933 – Perasmian
· 1943 – Bangunan tambahan dibina/pembesaran sekolah
· 1958 – Penubuhan SMAASZA Batu Burok (Pembahagian peringkat persekolahan)
2. PENGASAS / TOKOH PENUBUHAN

3. TAPAK / LOKASI SEKOLAH
Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja, Kampung Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu.
4.
SMA SULTAN ZAINAL ABIDIN LADANG
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Tarikh Penubuhan[sunting | sunting sumber]
- 1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
- 1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
- 1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
- 1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
- 1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)
Pengasas/Tokoh Penubuhan[sunting | sunting sumber]
Sekolah ini ditubuhkan pada 1925, hasil kesedaran orang ramai dan respon terhadap sekolah aliran Inggeris, Sultan Sulaiman English School yang ditubuhkan pada 1920. Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
Pada peringkat awal, kelas diadakan menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga 1925, kemudian menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol bermula tahun 1932. Manakala pelajaran bahasa Inggeris diadakan di dalam satu bilik di Istana Maziah, bermula 1923.
Satu inisiatif pembinaan bangunan tetap dimulakan oleh golongan berpendidikan agama, dan peletakan batu asas sekolah dilakukan oleh Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada pagi ahad 13 November 1932 dalam satu istiadat bersejarah. Pembinaan bangunan adalah hasil derma khairat orang ramai.
Perasmian sekolah ini secara rasminya pada 4.00 petang khamis 30 Ogos 1934, oleh baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sekolah ini secra rasmi menggunakan nama ‘Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-Arabiah,' sempena nama ayahanda baginda Al Marhum Sultan Zainal Abidin III yang menjadi ikon penddidikan.
Pemisahan menengah atas[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
- Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
- Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)
Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.
Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.
SMA MAHMUDIAH
Penubuhan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dicetuskan hasil inisiatif masyarakat setempat lebih setengah abad yang lalu. Antara yang memainkan peranan ketika itu ialah tuan Kadi Hulu Terengganu pada masa itu, En.Mohamad bin Abu Bakar dan Tuan Fakeh Abdullah, seorang ulamak dan guru pondok yang tidak asing di kalangan masyarakat tempatan. Menurut pendapat Tuan Kadi tersebut, adalah sangat perlu sebuah institusi pendidikan seumpama Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu ditubuhkan di daerah Hulu Terengganu bagi memberi didikan agama yang sempurna kepada kanak-kanak iaitu sebuah sekolah yang lengkap dengan guru serta kemudahan asas lain.
Ekoran dari itu, pada Oktober 1995, Tuan Kadi berusaha dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu supaya tapak balai polis lama di Kuala Berang didirikan sekolah yang diperlukan buat sementara waktu. Setelah rundingan tersebut berjaya, pada bulan November 1995, sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Tuan Fakih Abdullah, iaitu seorag ulama dan guru agama pondok yang tidak asing lagi kepada masyarakat di sini. Turut menganggotai jawatankuasa ini ialah orang-orang kenamaan dan berpengaruh di daerah ini seramai 14 orang.
Perkataan Mahmudiah diambil dari nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud iaitu Yang Dipertuan Muda Terengganu. Pada mulanya pihak jawatankuasa memilih nama Fakih sempena nama Tuan Fakih Abdullah yang pernah menjadi pengerusi jawatankusa yang pertama, tetapi telah dibatalkan setelah nama Mahmudiah dimaklumkan dari Pejabat Agama Terengganu.
Pada awal penggal pertama tahun 1995, jawatankuasa ini telah menerima seramai 84 orang murid perempuan. Mereka telah ditempatkan di dalam satu kelas yang dinamakan kelas Satu Alif satu Satu Ba. Menjelang penggal kedua, Pejabat Agama Terengganu mula menghantar dua orang guru sebagai permulaan iaitu Ustaz Mahmud Salim bin Haji Mohd sebagai guru besar dan Ustaz haji Endut Yusof sebagai penolongnya, Pada hari Isnin 10 September 1996 bersamaan 5 Safar 1376. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasirudin Shah, Sultan Terengganu telah merasmikan bangunan sekolah ini. Setahun kemudian seorang lagi guru telah dihantar ke sini iaitu Tuan Haji Salleh bin Ismail.
SMA KHAIRIAH
|
No comments:
Post a Comment