SMA AL FALAH KEMAMAN
Program Motivasi 1.0
Program yang hanya dikhaskan kepada pelajar tingkatan tiga ini telah diadakan pada 10 Julai 2012 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sekolah telah menjemput khas penceramah motivasi, Cikgu Nordin dari SMA Sultan Ismail, Dungun untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar terbabit.
Cikgu Nordin bersama Ustaz Tengku Zulkeplee
Pengacara majlis membuka majlis dengan kata-kata aluan
Cikgu Nordin dengan penuh semangat memberikan motivasi kepada pelajar.
Pelajar perempuan mendengar dengan tekun.
Pelajar lelaki pun tekun juga.
Selepas 15 minit mendengar ceramah.
Selepas 25 minit mendengar ceramah. Letih senamrobik tadi kot.
Kontrol ayu...
Ustaz Tengku Zulkeplee menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Nordin.
SMA(A) SULTAN ZAINAL ABIDIN
Kem Hujung Minggu PMR
Labels: Akademik
Pelajar-pelajar PMR SMAASZA sentiasa sibuk dengan pelajaran demi meraih sebuah kejayaan. Hari Khamis atau hujung minggu merupakan hari yang dinantikan oleh mereka. Ini adalah kerana mereka akan dibawa keluar dari kawasan sekolah untuk merasai suasana belajar di persekitaran yang berbeza. Pada kali ini mereka akan berkampung di empat tempat mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditentukan oleh guru projek PMR tahun 2011, Puan Khadijah Ismail. Tempat-tempat tersebut adalah seperti berikut:-
Penulis sempat merakamkan beberapa keping foto ketika mereka sibuk diberikan penerangan oleh guru projek mereka. Syabas kepada guru dan pelajar yang terlibat! Semoga perjuangan kali ini akan membawa kejayaan yang membanggakan untuk semua. InsyaAllah.
- Institut Latihan perindustrian Marang, Bukit Parit, Marang - Kem Akademi PMR Siri 2
- Hotel Seri Malaysia, Marang - Kem Akademi PMR Siri 1
- SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu - Kem Tutorial
- Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan, Wakaf Tengah, Kuala Terengganu - Kursus Mathematics Peer Coaching
Penulis sempat merakamkan beberapa keping foto ketika mereka sibuk diberikan penerangan oleh guru projek mereka. Syabas kepada guru dan pelajar yang terlibat! Semoga perjuangan kali ini akan membawa kejayaan yang membanggakan untuk semua. InsyaAllah.
SELAMAT MAJU JAYA
SMA MAHMUDIAH
Pertandingan Azan
SMA KHAIRIAH
PELANCARAN PROGRAM MINDA SIHAT
SMA MARANG
No comments:
Post a Comment